Projek Pelestarian Sekolah SRI Seremban Diiktiraf Dalam Anugerah Perancangan Terbaik 2025
PUTRAJAYA, 28 Oktober 2025 – Sekolah SRI Seremban terus membuktikan keunggulannya apabila berjaya meraih tempat pertama dalam Penghargaan Amalan Perancangan Terbaik 2025 (Kategori Tenaga Diperbaharui) melalui Projek Pelestarian Sekolah SRI Seremban.
Anugerah berprestij ini disampaikan dalam Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, yang dianjurkan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Projek Pelestarian Sekolah SRI Seremban merupakan inisiatif strategik yang menumpukan kepada pembangunan elemen kecekapan tenaga (energy efficiency) dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Melalui projek pemasangan sistem tenaga suria fotovoltaik (PV), sekolah ini berusaha mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga lestari serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga konvensional.
Usaha ini dijalankan dengan kerjasama GSPARX Sdn. Bhd., anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka dalam merealisasikan sistem tenaga hijau di institusi pendidikan. Projek ini turut melibatkan pemasangan sistem solar komprehensif di kawasan sekolah bagi memastikan operasi tenaga dijalankan dengan lebih efisien dan berdaya tahan.
Selain itu, Sekolah SRI Seremban turut membangunkan Sudut Penerangan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) dan mock-up sistem panel solar bagi tujuan pendidikan dan kesedaran. Ruang ini berfungsi sebagai pusat maklumat kepada pelajar untuk memahami konsep tenaga boleh diperbaharui serta melihat secara langsung pengoperasian sistem solar di sekolah.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah SRI Seremban, Encik Muhammad Mu’izzuddin bin Mustaffar, menerima anugerah tersebut dengan penuh rasa syukur dan berbangga atas hasil komitmen seluruh warga sekolah dalam memupuk kesedaran kelestarian serta inovasi hijau di kalangan pelajar.
Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pendekatan pendidikan berteraskan kelestarian mampu membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sejajar dengan matlamat pembangunan Persekitaran Bandar MADANI.
Penjagaan alam sekitar juga dituntut dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 61:
“…Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya…”
Ayat ini menegaskan tanggungjawab manusia untuk memelihara bumi serta memanfaatkan sumbernya dengan bijaksana.
Rasulullah SAW turut mengingatkan dalam sabdanya:
“Sesungguhnya dunia ini manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah SWT menyerahkan urusan dunia ini kepada kamu semua. Lalu Dia akan melihat bagaimana kamu melakukannya…”
(Riwayat Muslim, 2742)
KejayaanSekolah SRI Seremban bukan sahaja mencerminkan pencapaian dalam bidang teknologi hijau, tetapi juga penzahiran nilai Islam dalam memakmurkan alam. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sekolah SRI Seremban atas kejayaan yang membanggakan ini!
Alhamdulillah! Program Jamboree On The Air (JOTA) dan Jamboree On The Internet (JOTI) di SK Sungai Jai telah disertai oleh Unit Pengakap Sekolah Sri Seremban yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 18 Oktober 2025 dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seramai 21 orang murid telah menyertai program ini yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermakna!
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Morse Code Challenge, Semaphore Signalling, JOTI Online Connection, serta Pameran Pengakap. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi menggunakan isyarat, teknologi serta memahami semangat perpaduan global dalam dunia pengakap.
Program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya memupuk nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan dan semangat setia kawan dalam kalangan ahli pengakap muda. Syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring atas kejayaan menjayakan program ini dengan penuh semangat.
Seremban, 31 Oktober 2025 (Jumaat) – Sekolah SRI Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pondok Pesantren Prof. Dr. Hamka, Maninjau, Indonesia dalam satu program silaturahim pendidikan yang penuh bermakna. Seramai 24 orang tetamu hadir, terdiri daripada 2 orang guru, 2 pengurusan, serta 20 orang pelajar (13 lelaki dan 7 perempuan).
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa antara kedua-dua institusi melalui perkongsian ilmu, budaya dan nilai pendidikan Islam yang seiring dalam membentuk generasi pelajar berakhlak dan berwawasan global.
Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan sambutan bunga manggar dan iringan muzik kompang sebagai tanda meraikan kehadiran tetamu istimewa dari seberang. Seterusnya, diadakan sesi taklimat dan ucapan rasmi di Dewan Serbaguna Musolla Al-Fateh yang turut diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada CEO Sekolah SRI Seremban serta ucapan balas daripada pihak delegasi Indonesia.
Majlis turut menampilkan tayangan montaj khas memperkenalkan profil Sekolah SRI Seremban serta pertukaran cenderamata sebagai simbol persahabatan dua institusi pendidikan.
Selepas sesi taklimat, para tetamu dibawa melawat beberapa lokasi sekitar sekolah termasuk Makmal Sains dan Perpustakaan, diikuti dengan aktiviti PdP bersama pelajar Sekolah Menengah Seri Setia yang menjadi tumpuan utama lawatan kali ini. Para pelajar Pondok Pesantren turut berpeluang menyaksikan secara langsung suasana pembelajaran abad ke-21 yang diamalkan di sekolah.
Usai sesi lawatan dalam sekolah, rombongan aktiviti khas di Bilik Makerspace yang menampilkan hasil kreativiti dan inovasi pelajar. Aktiviti diteruskan dengan solat Jumaat bagi pelajar lelaki dan halaqah perkongsian ilmu bagi pelajar perempuan bersama Aspuri Sekolah SRI Seremban.
Lawatan ini bukan sekadar memperkukuh hubungan dua hala, tetapi turut memberi inspirasi kepada pelajar untuk menimba ilmu dengan semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama insan tanpa mengira sempadan negara.
Sekolah Sri Seremban merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Encik Fakruradzi bin Abdullah
atas pelantikan beliau sebagai
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan bagi sesi 2026.
Seluruh warga Sekolah Sri Seremban amat berbangga dengan pelantikan ini yang merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, keilmuan serta komitmen beliau dalam memperkasa gerakan belia Islam di negeri ini. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha dakwah, pembangunan sahsiah dan pembentukan generasi muda berakhlak mulia.
Doa
“Ya Allah, kurniakanlah kepada beliau kekuatan, hikmah dan keikhlasan dalam memimpin amanah yang diberikan. Jadikanlah kepimpinannya membawa keberkatan, menghidupkan nilai Islam dalam masyarakat, serta memberi manfaat yang luas kepada umat. Tetapkanlah hatinya di atas jalan kebenaran dan lindungilah beliau daripada sebarang kelemahan dan kesulitan.”
Sekali lagi, tahniah diucapkan dan semoga terus diberi kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi serta memberi inspirasi kepada warga sekolah dan masyarakat.
Ikhlas daripada:
Warga Sekolah SRI Seremban
NS TAEKWONDO CLUB CHAMPIONSHIP 2025
Alhamdulillah. Murid Sekolah Sri Seremban telah membawa pulang sebanyak 44 emas, 35 perak dan 41 gangsa dalam pertandingan NS Taekwondo Club Championship.
Pertandingan yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Seremban 2 pada Sabtu, 27 September 2025 telah berjaya menonjolkan bakat dan usaha gigih murid-murid. Tahniah diucapkan.
Lebih membanggakan, dua orang murid telah mendapat anugerah khas:
🏆 Hanin Hasya binti Hasanudin - Best Performance Female Award
🏆 Nur Adriana Sofea binti Mohd Fakri Afiq - Best Sparring Award
Pingat keseluruhan (120 PINGAT):
*SPEEDKICKING*
Gold 11🥇
Silver 9🥈
Bronze 7🥉
*POOMSAE*
Gold 24🥇
Silver 20🥈
Bronze 27🥉
*SPARRING*
Gold 9🥇
Silver 6🥈
Bronze 7🥉
📍 Peringkat Negeri Sembilan | Tahun 2025
Alhamdulillah, empat orang murid dari Sekolah Menengah Seri Setia telah terpilih mewakili Daerah Seremban 1 ke Perkhemahan Unit Belia BSMM Peringkat Negeri Sembilan, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
📅 Tarikh: 8–9 Ogos 2025
📍 Tempat: Asrama Pusat, SMK Tunku Besar, Tampin
🔎 Antara Aktiviti Perkhemahan:
🏕️ Mendirikan khemah
🔧 Membina gajet
🔥 Masakan rimba
🪢 Tali temali
🧭 Pandu arah
👥 Wakil SM Seri Setia (Daerah Seremban 1):
1. Amzar Fakhri bin Adinan — 4 Al Farabi
2. Muhammad Alif Umar bin Abas — 4 Al Farabi
3. Muhammad Irfan Rifqi bin Muhammad Shukri — 4 Ibnu Jauzi
4. Nur Muhammad Nafis bin Abdul Hamid — 2 Al Mawardi
🏆 Pencapaian di Peringkat Negeri:
🥈 Naib Johan — Pertandingan Gajet
🥉 Tempat Ketiga — Pertandingan Bantu Mula
🏅 Tempat Keempat — Pertandingan Tali Temali
🏅 Tempat Kelima — Pertandingan Masakan Rimba
🏅 Tempat Kelima — Pertandingan Pandu Arah
🌱 Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta atas semangat, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang perkhemahan ini.
Semoga pengalaman berharga ini menyemai semangat kepimpinan, kerjasama dan sukarelawan dalam diri setiap ahli BSMM, demi kesejahteraan masyarakat, agama dan negara.
Tahniah kepada Muhamad Hazwan bin Mohd Jazam, murid Tingkatan 2 Al-Mawardi SM Seri Setia, yang mewakili Seremban 1 dalam Kejohanan Pembangunan Sukan Bola Baling Bawah 14 Tahun Peringkat Negeri Sembilan.
Tarikh: 08-09 Oct 2025
Tempat: Gelanggang Terbuka SMK Undang Jelebu.
Pencapaian: Johan 🥇
Syabas dan Tahniah!
Pada 10-12 Oktober 2025 telah diadakan Korobori Perkhemahan Pengakap Daerah Seremban Barat.
Sekolah SRI Seremban telah menghantar 11 orang peserta terdiri daripada murid Tahun 4-6 bertempat di SK Pantai, Seremban.
Alhamdulillah, perkhemahan telah selesai dengan jayanya serta semua murid dalam keadaan baik.
Hasil perkhemahan, SRI Seremban telah memenangi tempat ketiga untuk Pertandingan Gajet Peringkat Daerah Seremban Barat. 😄
Kangaroo Math Competition 2025 Award Ceremony
Student name : Adam Wafiy Bin Azizi
Class : 2 An-Nawawi
Date: 11 Oktober 2025, Sabtu
Event time : 8:00 am - 1:00 pm
Location: The Ballroom, MAHSA University, Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor
Award: Grand Prix Gold Awards, Top 3% Best scorer in Malaysia.
Pada 28 September 2025 (Ahad), seramai 24 orang murid telah menyertai Pertandingan Mewarna-warni Sempena Hari Malaysia 2025 bertempat di Dewan Persatuan Moi Kong Temiang, anjuran YB Temiang, YB Tuan Ng Chin Tsai.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Melissa Zara atas kejayaan meraih Johan (Tahap 2), serta Qaira Sofea yang mendapat Naib Johan (Tahap 1). Penghargaan juga kepada 22 peserta Sekolah SRI Seremban yang telah berjaya meraih tempat saguhati dan menunjukkan usaha dan semangat yang tinggi dalam pertandingan ini.
Penyertaan ini bukan sahaja mencungkil bakat seni murid, malah memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara sempena sambutan Hari Malaysia.
Pencapaian:
Kategori Tahap 1(Naib Johan)
Qaira Sofea binti Ahmad Khairudin
Kategori Tahap 2 (Johan)
Nur Melissa Zara binti Muhammad Thalhah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Program Lawatan 7 Hari 5 Malam ke Istanbul & Bursa, Turkiye yang telah disertai oleh guru-guru serta pelajar sekolah SRI Seremban dan SM Seri Setia baru-baru ini.
Perjalanan penuh makna ini membuka mata dan jiwa tentang sejarah agung Islam, ketamadunan Uthmaniyyah, serta semangat menuntut ilmu tanpa batasan. Dari keindahan Masjid Biru hingga ke keharuman Spice Bazaar, setiap langkah sarat dengan penghayatan dan rasa syukur.
Antara lokasi istimewa yang dilawati:
🕌 Masjid Aya Sofia & Masjid Sultan Ahmad
🏰 Topkapi Palace & Hippodrome
🚢 Bosphorus Cruise
🏫 Lawatan pendidikan ke Istanbul Pendik International Schools
🏛️ Ziarah ke Makam Sahabat & Ulama di Bursa
Program ini bukan sekadar lawatan — tetapi pengembaraan ilmu dan jiwa, menyemai cinta kepada sejarah Islam dan menambah wawasan global buat warga sekolah kami 🌍
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha menjadi generasi rabbani yang mencintai ilmu, sejarah dan ummah.
MISI UMMATIK
📌SOLAT HAJAT KHUSUS UNTUK MISI KEMANUSIAAN "GLOBAL SUMUD FLOTILLA"
📆TARIKH : 2 OKT 2025
🗓️HARI : KHAMIS
🕝MASA : 1.30 T/HARI
📍TEMPAT : MUSOLLA AL-FATEH, SEKOLAH SRI SEREMBAN.
👳🏼♀️ IMAM BERTUGAS : UST.ADAM RAFIUDDIN
🟩 SOLAT ZOHOR BERJAMAAH ➡️ SOLAT HAJAT + BACAAN QUNUT NAZILAH ➡️ DOA KHUSUS "MISI KEMANUSIAAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA"
--------------------------
Global Sumud Flotilla ialah inisiatif antarabangsa menghimpunkan aktivis, sukarelawan, doktor, ahli politik dan masyarakat dari pelbagai negara menentang sekatan haram rejim Zionis ke atas Gaza. Dalam konteks ini, perjuangan wakil Malaysia berlayar bersama Global Sumud Flotilla mendapat tempat istimewa untuk dikenang.
Perjalanan merentas lautan ini bukan sekadar misi kemanusiaan, tetapi manifestasi Malaysia tetap teguh dengan nilai solidariti sejagat, khususnya dalam isu Palestin yang berlarutan lebih tujuh dekad. 'Sumud' dalam bahasa Arab bermaksud ketabahan, kecekalan dan kekuatan jiwa.
Ia simbol ketahanan rakyat Palestin tidak pernah tunduk walaupun hidup di bawah kepungan dan penindasan. Misi flotilla ini mengangkat simbolik perjuangan kemanusiaan untuk membawa bantuan makanan, perubatan dan bekalan asas kepada penduduk Gaza sambil menuntut dunia membuka mata terhadap ketidakadilan berterusan.
Biarpun mereka berdepan risiko ditahan atau disekat di tengah lautan, sukarelawan tetap memilih melayarkan kapal sebagai bentuk penentangan aman tanpa keganasan terhadap Israel.
Disyorkan
Kehadiran wakil Malaysia dalam Global Sumud Flotilla menegaskan peranan negara ini dalam diplomasi rakyat dan solidariti antarabangsa. Sejak era awal kemerdekaan, Malaysia konsisten menyokong Palestin sama ada melalui dasar luar kerajaan mahupun mobilisasi masyarakat awam.
Namun, penyertaan rakyat Malaysia dalam misi flotilla memberi makna lebih mendalam yang mana ia membuktikan rakyat negara ini bukan sekadar bersuara dari jauh, tetapi sanggup turun ke gelombang perjuangan dengan penuh keberanian.
Rakyat Malaysia yang menaiki kapal flotilla ini menempuh perjalanan sukar, berdepan gelombang lautan, ancaman keselamatan malah kemungkinan dipenjarakan pihak berkuasa Zionis. Namun, mereka tidak gentar. Keberanian ini lahir daripada roh nasionalisme Malaysia yang menjadikan perjuangan mereka bukan hanya misi kemanusiaan, tetapi juga misi bangsa.
Apa yang dilakukan wakil Malaysia ini sebenarnya menghidupkan semula roh asal pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 iaitu sebuah negara berani, berprinsip dan menolak penindasan. Sama seperti pemimpin terdahulu menentang penjajahan menuntut kebebasan, rakyat Malaysia hari ini menunjukkan keberanian di pentas antarabangsa menegakkan prinsip sama.
Selain dasar rasmi kerajaan, diplomasi rakyat melalui penyertaan sukarelawan Malaysia dalam flotilla membuka ruang baharu dalam diplomasi antarabangsa. Ia menunjukkan hubungan antarabangsa bukan hanya urusan pemimpin politik, tetapi perjuangan rakyat biasa.
Malaysia mungkin sebuah negara kecil di peta dunia, tetapi tindakan sebegini menjadikan suara kita lebih besar daripada saiz geografi. Dunia melihat Malaysia bukan sahaja merdeka secara politik, tetapi juga merdeka dalam prinsip moral dan solidariti sejagat.